Monday, February 18, 2019

Tanda Putera

Pada 13 februari 2019, setelah kelas kami selesai menjawab kuiz. Puan Hana telah memaparkan sebuah filem bertajuk Tanda Putera.


Walaupun Filem ini telah lama berlalu di pawagam, tetapi kami amat teruja dapat menyaksikan filem ini.


Anda boleh menyaksikan filem ini di youtube. Semoga terhibur dan juga mendapat pengajaran di sebalik kisah ini.

Tanda Putera merupakan sebuah filem yang menceritakan kisah menurut pendapat pengarah Suhaimi Baba mengenai persahabatan di antara Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail sejak tercetusnya peristiwa 13 Mei. Datin Paduka Shuhaimi Baba juga telah bertindak sebagai penerbit, pengarah dan penulis bagi filem ini. Filem ini juga membariskan pelakon seperti Rusdi RamliZizan NinFaezah Elai dan Linda Hashim.



Filem ini mengisahkan tentang persahabatan yang akrab di antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak (lakonan Rusdi Ramli) dan Timbalannya, Tun Dr. Ismail (lakonan Zizan Nin) yang terpaksa berahsia serta mengetepikan masalah kesihatan yang dihadapi masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran daripada tercetusnya peristiwa hitam pada 13 Mei 1969.



Tun Abdul Razak terpaksa menyimpan rahsia tentang penyakit leukemia yang dihidapinya kerana tidak mahu keluarganya tertekan. Beliau juga bimbangkan keselamatan negara pada ketika itu. Mereka berdua juga telah berkongsi doktor melalui Dr. Macpherson (lakonan Ali Steven Shorthose). Bilik bacaan di rumah Tun Dr. Ismail telah dijadikan klinik rahsia untuk rawatan mereka tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr. Ismail sendiri.




Mereka memiliki aura yang kuat serta kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah (lakonan Ika Nabila), tenaga pengajar Kara (lakonan Kavita Sidhu), dan seorang anak muda Zaman (lakonan Ahya U). Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail telah mencorakkan warna hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka yang bertugas di pejabat.




Apabila mengetahui penyakitnya akan membawa maut dalam masa dua tahun, Tun Abdul Razak bersyukur kerana rakan baiknya iaitu Tun Dr. Ismail yang juga dianggap sebagai orang kepercayaannya, bersifat jujur dan berintegriti akan dapat meneruskan rancangan mereka bagi pembangunan negara. 
Tun Abdul Razak juga yakin Tun Dr. Ismail akan dapat menunaikan janji untuk menjaga keluarganya nanti. Tetapi, apabila terjadinya perkara yang tidak disangka-sangka olehnya, Tun Abdul Razak mendapat kejutan besar yang hampir memudaratkan lagi kesihatannya.
Beliau telah mula mengejar masa untuk melaksanakan pelbagai perancangan bagi menjamin kestabilan serta masa depan negara. Beliau terpaksa menghadapi pelbagai ancaman daripada pihak komunis yang menyasarkan pembunuhan pemimpin tertinggi daripada jabatan polis. Krisis ini telah menjadi teruk apabila berlakunya pembunuhan Ketua Polis Negara (lakonan Norman Hakim) diikuti pembunuhan Ketua Polis Perak, keadaan menjadi semakin meruncing.




Tun Abdul Razak telah mengambil langkah yang lebih berani dengan membina hubungan diplomatik dengan Republik China bagi melemahkan pengaruh komunis tempatan walaupun dia dikecam oleh kuasa barat dan negara sekutu. Dalam masa yang singkat, Tun Abdul Razak telah membawa rakyat yang miskin seperti keluarga Zarah dan Zaman untuk keluar dari tahap kemiskinan tegar. Tun Abdul Razak juga telah menanam semangat baru di dalam diri Zaman, Zarah serta rakan-rakan mereka.



Namun, perjuangan Tun Abdul Razak berakhir di sebuah klinik di London ketika rakan-rakannya di Malaysia sedang berusaha memenuhi permintaannya untuk berjumpa anak bongsunya, Nazir buat kali terakhir. Selepas itu, semua rakyat di Malaysia telah mengejar masa untuk menyediakan klinik udara bagi membawanya pulang ke tanah air.


Disediakan Oleh: Nurul Hidayah Binti Abd Razak

PILIHAN RAYA


Pilihan raya adalah satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di parlimen. Ia merupakan suatu mekanisme demokrasi untuk memilih calon yang sesuai untuk memenuhi jawatan-jawatan penggubal undang-undang, eksekutif, perundangan, dan kerajaan tempatan.




Terdapat dua jenis pilihan raya iaitu pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Kaedah atau sistem pilihan raya boleh dikategorikan kepada dua iaitu samada perwakilan berkadar atau sistem majoriti. Sistem pilihan raya mementingkan pemenang, atau beberapa pemenang menurut pengiraan undi yang diperolehi setiap calon yang bertanding. Pemenang menjadi tumpuan sebab dia akan mewakili rakyat di Parlimen dan terlibat dalam proses penggubalan undang-undang. Oleh itu cara pemilihannya amat penting dan sepatutnya selari dengan kehendak demokrasi. Selain itu pilihan raya biasanya dipantau oleh sebuah badan bebas, misalnya di Malaysia ia dipantau oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.


VIDEO TENTANG PERJALANAN PILIHAN RAYA (UMUM)




VIDEO FAKTA - FAKTA UMUM UNTUK MAKLUMAT PEMILIH




VIDEO TENTANG FAKTA-FAKTA UMUM UNTUK CALON

KILK ➤➤ https://www.youtube.com/watch?v=JvGm3W943u8&rel=0

VIDEO BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA DI MALAYSIA




Disediakan Oleh: Nurul Hidayah, Ahmad Syukri, Nurul Nabilah, dan Seri Anynazira.

Tuesday, January 29, 2019

Sistem Dan Corak Kehakiman Di Malaysia

Sistem Dan Corak Kehakiman Di Malaysia

Makhmah di Malaysia pada hari ini adalah berdasarkan sistem persekutuan memandangkan pembentukan mahkamah-mahkamah seperti mahkamah agung, mahkamah tinggi, mahkamah sesyen dan makhamah rayuan di bawah tanggungjawab kerajaan persekutuan dan bukannya kerajaan negeri.

1. Mahkamah Agung
  • Merupakan mahkamah yang tertinggi di Malaysia
  • Dikenali juga sebagai Mahkamah Persekutuan
  • Mempunyai kuasa untuk menyelesaikan pertikaian antara kerajaan Negeri dengan kerajaan Persekutuan.
  • Berkuasa menentukan pengesahan bagi undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
  • Merupakan mahkamah tertinggi mendengar kes-kes rayuan dari Mahkamah rayuan dan Mahkamah Tertinggi
  • Kes-kes rayiuan meliputi kes sivil dan kes jenayah
  • Kes sivil yang nilai tuntutannya kurang daripada RM 250000 tidak boleh membuat rayuan di mahkamah ini.
2. Mahkamah Tinggi 
  • Mempunyai kuasa membicaraakan apa sahaja kesalahan yang dilakukan oleh warganegara Malaysia dan warganegara asing yang berada di Malaysia
  • Membicarakan kes-kes sivil dam jenayah
  • Kes sivil melibatkan hal-hal penjagaan kanak-kanak dan orang tidak siuman, wasiat, perkahwinan serta perceraian bagi bukan Muslim dan kemuflisan
  • Mempunyai kuasa mendengar kes rayuan sivil dari Mahkamah Rendah yang nilainya melebihi RM 25000.
  • Bagi kes jenayah, berkuasa mendengar kes rayuan jenayah dari Mahkamah Rendah ya ng nilai dendanya melebihi RM25.
  • Memberikan nasihat kepada Mahkamah Rendah mengenai tatacara dan prosiding di mahkamah serta soal-soal mengenai perlembagaan.
3. Mahkamah Sesyen
  • Merupakan mahkamah tertinggi dalam komponen Mahkamah Rendah.
  • Membicarakan kes jenayah dan sivil. Kes sivil melibatlkan nilai yang tidak melebihi RM250000.
  • Kes jenayah- membicarakan apa juga jenis kesalahan jenayah, kecuali menjatuhkan hukuman mati.
  • menjalankan siasatan awal sebelum seseorang itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Jika ia telah mempunyai bukti yang cukup terhadap tertuduh, ia akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
4. Mahkamah Rayuan
  • Membincangkan kes rayuan bagi kes jenayah sahaja.
  • Jika dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan, kes sivil boleh dibicarakan jika nilainya tidak kurang daripada RM 250000.
  • Kes-kes jenayah yang dirujuk disini juga meliputi kes yang telah dikenaklan oleh Mahkamah Tinggi.
5.  Mahkamah Majestret Kelas I
  • Membincangkan kes-kes jenayah dan sivil
  • Kes jenayah melibatkan hukuman penjara dan hukuman denda
  • Hukuman Maksimum yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah ini ialah 5 tahun penjara dan denda RM 10000, sebatan 12 kali atau ketiga-tiganya sekali. Walau bagaimanapun hukuman yang lebih tinggi akan dikenakan sekiranya membicarakan kes-kes dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Kastam 1957 dan Akta Keseksaan 1953.
    Mahkamah Majestret Kelas Ke II
  • Kes jenayah, iaitu hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah ini ialah tidak melebihi 12 bulan penjara dan denda RM 1000 atau kedua duanya sekali
  • Kes sivil iaitu nilai kes tuntutan tidak melebihi RM 3000
6. Mahkamah Tentera
  • Mengendalikan kes yang berkaitan dengan tingkah laku anggota tentera
  • Tidak membicarakan kes sivil dan jenayah
  • Antara kesalahan yang dibicarakan di mahkamah ini ialah tidak patuh pada arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa, tidak menjalankan tugas, mengabaikan tugas tanpa mendapatkan kebenaran dan sebagainya.
  • Boleh menjatuhkan sebarang hukuman, kecuali hukuman mati yang memerlukan pengesahan Yang di-Pertuan Agong
  • Pesalah dari mahakamah tentera boleh membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi Besar
7. Mahkamah Syariah
  • Untuk mengadili umat islam
  • Membicarakan kes-kes sivil dan jenayah
  • Kes sivil, iaitu nafkah dan tanggungan perkahwinan, perceraian, wasiat, wakaf, pembahagian harta dan sebagainya
  • Kes jenayah, iaitu berjudi, berzina, tidak berpuasa, ajaran sesat, berkhalawat, penderaan terhadap isteri dan anak, minum minuman keras dan tidak menunaikan zakat serta fitrah
  • Kesalahan yang besar akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah
  • Mahkamah Syariah Rayuan berperanan mendengar rayuan dari Mahkamah Tinggi Syariah.
8. Mahkamah Juvana
  • Membincangkan kes-kes jenayah bagi mereka yang berumur antara 10 hingga 18 tahun
  • Seseorang kanak-kanak yang didapati bersalah akan dihantar ke sekolah pemulihan akhlak sehingga mencapai umur 21 tahun.
  • Perbicaraan dijalankan secara tertutup.
9. Mahkamah Khas Raja-raja
  • Membicarakan kesalahan Yang di-Pertuan Agong dan sultan dalam kes sivil dan kes jenayah yang dilakukan Persekutuan
  • Tindakan akan kenakan terhadap YDPA atau sultan setelah mendapat keizinan Peguam Negara.
10. Mahkamah Tuntutan Kecil
  • Membicarakan kes tuntutan sivil yang tidak melebihi RM 3000
11. Mahkamah Penghulu
  • Merupakan mahkamah yang paling randah dalam komponen Mahkamah Rendah
  • Membicarakan kes-kes sivil dan jenayah
  • Dikendalikan oleh penghulu sesuatu mukim
  • Kes sivil, iaitu melibatkan tuntutan nilai tidak lebih daripada RM 50
  • Kes jenayah, iaitu melibatkan denda sebanyak RM 25 sahaja
  • Rayuan terhadap Mahkamah Penghulu boleh dibuat di Mahkamah Majistret.
12. Mahkamah Adat
  • Membicarakan kes-kes pelanggaran adat oleh suku-suku kaum di Sabah dan Sarawak
  • Contoh kes seperti pelanggaran adat suku kaum, adat perkahwinan, undang-undang adat, adat-adat keagamaan dan sebagainya.
13. Mahkamah Buruh.
  • Mahkamah buruh menyediakan sistem pengadilan pemburuhan yang adil, mudah, cepat bagi menyelesaikan tuntutan pekerja mengenai gaji dan lain-lain faedah kewangan yang layak dituntut terhadap mereka.

Disediakan Oleh : Nurul Hidayah Binti Abd Razak 

Senarai Menteri Kabinet Terkini

Senarai Menteri Kabinet Terkini

Berikutnya adalah senarai penuh menteri kabinet bagi nama anggota semua jemaah menteri serta timbalan menteri kerajaan persekutuan Malaysia.



PERDANA MENTERI
Tun Dr Mahathir Bin Mohamad
TIMBALAN PERDANA MENTERI
Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail 
MENTERI
BERSATU:
  • Menteri Dalam Negeri: Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin 
  • Menteri Pendidikan: Dr Maszlee Malik 
  • Menteri Pembangunan Luar Bandar: Puan Rina Harun 
PKR:
  • Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga: Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail 
  • Menteri Hal Ehwal Ekonomi: Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali 
  • Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Zuraida Kamaruddin 
DAP:
  • Menteri Kewangan: Lim Guan Eng 
  • Menteri pengangkutan: Anthony Loke Siew Fook (Seremban)
  • Menteri Komunikasi dan Multimedia: Gobind Singh Deo (Puchong)
  • Menteri Tenaga Manusia: Kulasegaran A/L Murugeson (Ipoh Barat)
AMANAH:
  • Menteri Pertahanan: Haji Mohamad Bin Sabu (Kota raja)
  • Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Haji Salahuddin Ayub (Pulai)
  • Menteri Kesihatan: Dr. Haji Dzulkefly Bin Ahmad (Kuala Selangor)
Menteri Kabinet:
Menteri Belia dan Sukan: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Menteri Pembangunan Usahawan: Mohd Redzuan Md Yusof
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli: Dr. Xavier Jayakumar
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna: Datuk Saifuddin Nasution
Menteri Kerja Raya: Baru Bian
Menteri Luar Negeri: Datuk Saifuddin Abdullah
Menteri Industri Utama: Teresa Kok Suh Sim
Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar: Yeo Bee Yin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama): Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa
Menteri Wilayah: Khalid Abd. Samad
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang): Datuk Liew Vui Keong
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Ignatius Darell Leiking
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya: Mohamaddin Ketapi
Senarai Timbalan Menteri:
Timbalan Menteri Wilayah: Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial): Dr. Md. Farid Md. Rafik
Timbalan Menteri Kewangan: Datuk Amiruddin Hamzah

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia:
 Eddin Syazlee Shith


Timbalan Menteri Industri Utama:
 Shamsul Iskandar Md. Akin


Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani:
 Sim Tze Tzin


Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar:
 R. Sivarasa

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama):
 Fuziah Salleh

Timbalan Menteri Kesihatan:
 Dr. Lee Boon Chye

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya:
 Muhammad Bakhtiar Wan Chik

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna:
 Chong Chieng Jen

Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli:
 Tengku Zulpuri Shah Raja Puji

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat:
 Hannah Yeoh Tseow Suan


Timbalan Menteri Pendidikan:
 Teo Nie Ching


Timbalan Menteri Belia dan Sukan:
 Steven Sim Chee Keong


Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri:
 Dr. Ong Kia Ming


Timbalan Menteri Sumber Manusia:
 Datuk Mahfuz Omar


Timbalan Menteri Kerja Raya:
 Mohd. Anuar Mohd. Tahir


Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan:
 Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang):
 Mohamed Hanipa Maidin


Timbalan Menteri Pengangkutan:
 Datuk Kamarudin Jaffar


Timbalan Menteri Dalam Negeri:
 Datuk Mohd. Azis Jamman


Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar:
Isnaraissah Munirah Majlis.




Disediakan Oleh : Nurul Hidayah Binti Abd Razak

Friday, January 25, 2019

Sistem dan corak kehakiman di Malaysia

Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Atasan

Mahkamah Agung
* Mahkamah Agung (juga dikenali sebagai Mahkamah Persekutuan). Mahkamah TERTINGGI di Malaysia. Berkuasa menyelesaikan pertikaian antara kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Mendengar kes rayuan dari Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi. Berkuasa menentukan pengesahan bagi undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Mahkamah Rayuan
*Mahkamah Rayuan membincangkan kes rayuan bagi kes jenayah sahaja, kes sivil juga boleh dibicarakan jika nilainya tidak kurang RM250,000. 

Mahkamah Tinggi
*Mahkamah Tinggi membicarakan kes sivil dan jenayah dan apa sahaja kesalahan oleh warganegara Malaysia dan warganegara asing yang berada di Malaysia. Kes sivil - Melibatkan kes penjagaan kanak-kanak, perkahwinan dan penceraian bagi bukan Muslim dan kemuflisan. Kes jenayah - mendengar kes rayuan jenayah dari Mahkamah Rendah yang nilai denda melebihi RM25.

Mahkamah Rendah

Mahkamah Seksyen
*Mahkamah Seksyen. Mahkamah TERTINGGI  dalam komponen Mahkamah Rendah. Kes Jenayah - apa sahaja kesalahan kecuali menjatuhkan hukuman mati. Kes Sivil - melibatkan nilai tidak melebihi RM250,000.  Menjalankan siasatan awal sebelum seseorang itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Jika bukti cukup terhadap tertuduh, ia akan dibicarakan di mahkamah Tinggi. 

Mahkamah Majistret
*Mahkamah Majistret Kelas 1 membincangkan kes jenayah dan sivil. Hukuman maksimum 5 tahun penjara dan denda RM10,000, sebatan 12 kali atau ketiga-tiganya sekali.

*Mahkamah Majistret Kelas II. Kes jenayah - hukuman maksimum 12 bulan penjara, denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali. Kes sivil - tuntutan tidak melebihi RM3,000.

Mahkamah Khas

Mahkamah Tentera
*Mahkamah Tentera - Kes tingkah laku anggota tentera. Tidak membicarakan kes sivil dan jenayah. Boleh menjatuhkan sebarang hukuman kecuali hukuman mati yang perlukan pengesahan YDP Agong.

Mahkamah Buruh
*Mahkamah buruh menyediakan sistem pengadilan pemburuhan yang adil,mudah,cepat bagi menyelesaikan tuntutan pekerja mengenai gaji dan lain-lain faedah kewangan yang layak dituntut terhadap mereka.

Disediakan Oleh : Ahmad Syukri Bin Amran

Tuesday, January 15, 2019

Forum Kontrak Sosial

Forum Kontrak Sosial



             Tunku Abdul Rahman Al-Haj berjaya menyakinkan rakyat dengan kontrak sosial yang telah dipersetuju bersama oleh semua kaum


            Ketuanan orang-orang Melayu perlu dipertahankan

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Kontrak Sosial?
Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan para pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili, UMNO, MCA dan MIC. Bagaimanapun, kontrak sosial harus dianggap sebagai satu persetujuan di kalangan masyarakat berbilang kaum, bukan hanya pemimpin atau kumpulan elit tertentu. 
Permuafakatan itu mendapat sokongan rakyat sebagaimana yang terbukti melalui kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955. Rakyat perlu memahami fakta sejarah bahawa kontrak sosial dicapai melalui proses muafakat dan musyawarah.

Mengapa Isu Kontrak Sosial Timbul?
Isu ini timbul mungkin kerana kontrak sosial ini telah dibentangkan kepada masyarakat sebagai satu persetujuan antara elit pada masa tertentu, dalam keadaan tertentu. Ini menyebabkan generasi baru menganggapnya sebagai tidak lagi relevan. Sebahagian masyarakat bukan Melayu juga menganggapnya kontrak sosial sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan kewarganegaraan. Ia suatu pemberian yang diberikan kepada mereka yang pada masa itu yang merupakan imigran atau keturunan imigran.
Oleh sebab itu generasi bukan Melayu sekarang menganggapnya sebagai sesuatu yang sudah berlalu. 
Mereka juga tahu bahawa hak istimewa masyarakat bumiputera adalah sebahagian daripada kontrak sosial. Oleh kerana bukan Melayu diberikan kewarganegaraan atas syarat-syarat tertentu, masyarakat bumiputera pula diberikan perlindungan melalui fasal-fasal dalam Perlembagaan tentang hak istimewa. Kepada mereka kompromi ini terikat kepada masa tertentu, jadi mereka tidak nampak relevannya sekarang.



Disediakan Oleh : Nurul Nabilah Binti Mohd Asri

Tuesday, January 8, 2019

Hukum kanun Melaka dan Undang-undang laut Melaka

Undang-undang Melaka dikenali sebagai Hukum Kanun dan merupakan undang tradisional yang tertua di negara ini.Peraturan ini diadakan untuk melindungi kerajaan,rakyat dan negeri Melaka.

Antara isi kandungannya ialah:

1. Mengandungi 44 fasal
2. Menyentuh bidang kuasa raja
3. Menyentuh bidang kuasa pembesar
4. Pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat
5. Hukuman terhadap kesalahan jenayah awam
6. Undang-undang keluarga


Hukum Kanun Melaka
 Hukum Kanun Melaka. Menerangkan tentang zaman kegemilangan negeri Melaka(1400-1511). Ia berkenaan penaklukan Raja Iskandar Zulkarnain ke atas India.Naskah-naskah hukum kanun Melaka. Warisan karya melayu dalam bentuk bertulis. Disebarkan dari satu generasi ke satu generasi dalam bentuk naskah. Terdapat tidak kurang 44 naskah HKM seluruh dunia dan ini tidak termasuk dua naskhah yang tidak lengkap.


Undang-undang Laut Melaka

Undang-undang Laut Melaka merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan laut seperti peraturan pelayaran, tatacara jualbeli di atas kapal, bidang kuasa nakhoda serta tanggungjawab pegawai kapal. Digubal untuk untuk menjaga keselamatan anak-anak kapal dan pedagang-pedagang yang berdagang dengan kapal.

Kesimpulannya, undang-undang di laut ini jelas kelihatan memperlihatkan tentang pembahagian tugas pegawai dan anak-anak kapal. Selain itu, Hukum Kanun Melaka telah menjadi panduan kepada Malaysia dalam menggubal undang-undang di Malaysia


Disediakan Oleh : Ahmad Syukri Bin Amran

Tugasan Video Pengajian Malaysia

Tajuk : Pendapat kita belajar kelas Pengajian Malaysia Belejar di dalam kelas Miss hana memang best.. Saya sangat suka.. Kalau du...