Sunday, December 30, 2018

Malayan Emergency

Malayan Emergency bermaksud  Darurat Tanah Melayu merupakan darurat yang telah diisytiharkan oleh kerajaan British di Malaya dari tahun 1948 sehingga tahun 1960. Darurat ini diisytiharkan apabila berlakunya kekosongan kuasa di Tanah Melayu selepas pihak tentera Jepun menyerah kalah kepada pihak British pada 15 Ogos 1945. Semasa kekosongan kuasa di Tanah Melayu, pihak PKM (Parti Komunis Malaya) telah keluar dari hutan-hutan dan mula menunjukkan kekuatan dan kuasa mereka.

Semasa penguasaan pihak PKM di Tanah Melayu selama 7 hari, anggota-anggota PKM telah bertindak dengan zalim terhadap penduduk di Tanah Melayu terutama individu yang disyaki tidak sehaluan dengan perjuangan mereka. Dalam pada itu,pembunuhan tiga orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak pada tahun 1948 telah menyebabkan kerajaan persekutuan mengisytiharkan darurat di seluruh kawasan Tanah Melayu.

Apabila darurat telah diisytiharkan,pelbagai langkah-langkah yang telah dilakukan oleh pihak British untuk mengatasi darurat di Tanah Melayu.Antaranya pihak British telah menghantar sejumlah askar yang ramai untuk menghapuskan anasir-anasir Komunis. Askar tersebut dikerah untuk mencari tempat persembunyian anggota PKM di dalam hutan. Seterusnya, perintah berkurung telah diperkenalkan di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti aktif dengan aktiviti-aktiviti pengganasan komunis.

Selain itu,penggunaan Kad Pengenalan (IC) juga diwajibkan bagi memudahkan proses idenfifikasi diri. Sesiapa yang didapati tidak mempunyai kad pengenalan diri boleh ditahan oleh anggota-anggota pihak keselamatan. Dalam pada itu, Rancangan Briggs telah dilancarkan untuk menghapuskan aktiviti Komunis.

Antara rancangan Briggs ialah penempatan semula orang Cina.Semasa pemerintahan Jepun,kebanyakan orang cina tinggal di kawasan pendalaman. Apabila sebahagian besar orang telah dipindahkan,pihak Komunis tidak akan dapat lagi bekalan makanan daripada penduduk kawasan pedalaman.Penempatan baru dikenali sebagai Kampung Baru. Dengan wujudnya "Kampung-kampung Baru" yang dikawal ketat oleh Home Guards, peluang bagi PKM dan juga agen-agen Min Yuen untuk menyalurkan maklumat dan barang-barang keperluan kepada PKM dapat dikekang dengan efektif.

Kesimpulannya,darurat ini telah meninggalkan beberapa kesan terhadap Tanah Melayu.Antarnya ialah kerajaan British telah membuat keputusan untuk mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu kerana  mendapati penduduk Tanah Melayu semakin menunjukkan rasa tidak puas hati kepada pentadbiran British. Oleh itu,kemerdekaan Tanah Melayu dapat dicapai dengan cepat. Justeru, kita perlulah sentiasa bersyukur terhadap kemerdekaan yang telah diperolehi kerana ini akan mengingatkan kita betapa susahnya perjuangan orang terdahulu demi mencapai kemerdekaan di Tanah Melayu.


Video ringkas tentang malayan Emergency


Disediakan Oleh : Ahmad Syukri Bin Amran

Wednesday, December 26, 2018

Kerajaan Baru Selepas Kesultanan Melayu Melaka

Kerajaan Baru Selepas Kesultanan Melayu Melaka




Disediakan Oleh : Nurul Hidayah Binti Abd Razak

Tuesday, December 18, 2018

Biodata Ahli Kumpulan


Nama: Nurul Hidayah Binti Abd Razak
Asal dari: Pasir Gudang, Johor
Umur: 22 Tahun
No Matriks : 30DIB18F2008
Ciri-ciri: Seorang yang baik hati dan pemalu tetapi tidak sombong.




Nama: Nurul Nabilah Binti Mohd Asri
Asal dari: Tampoi, Johor Bahru
Umur: 19 Tahun
No Matriks : 30DIB18F2009
Ciri-ciri: Seorang yang kreatif dan berfikiran luas




Nama: Ahmad Syukri Bin Amran
Asal dari: Pasir Gudang, Johor
Umur: 19 Tahun
No Matriks : 30DIB18F2010
Ciri-ciri: Seorang yang mudah untuk bekerjasama



Nama: Seri Anynazira Binti Jumain
Asal dari: Kota Tinggi,Johor
Umur: 19 Tahun
No Matriks : 30DIB18F2012
Ciri-ciri: Seorang yang kelakar dan boleh menggembirakan
hati orang lain


Disediakan oleh : Ahmad Syukri Bin Amran

Tugasan Video Pengajian Malaysia

Tajuk : Pendapat kita belajar kelas Pengajian Malaysia Belejar di dalam kelas Miss hana memang best.. Saya sangat suka.. Kalau du...