Tuesday, March 5, 2019

MASALAH PERPADUAN DAN INTEGRASI, CARA MENGATASI DAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

PENGENALAN 
  • Selepas kemerdekaan, negara menghadapi pelbagai masalah dalaman terutama masalah perpaduan negara dan integrasi antara kaum.


Masalah perpaduan wujud implikasi daripada pemisahan tempat tinggal, perbezaan pekerjaan, sistem pendidikan berbeza, fahaman politik, masalah ekonomi, perbezaan kepercayaan atau agama dan sistem pemerintahan.

1) Pemisahan tempat tinggal yang menyebabkan etnik tidak saling memahami antara satu sama lain dan tidak wujud perpaduan dalam kalangan masyarakat.
2) Perbezaan pekerjaan mewujudkan pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan masalah perkauman.
3) Sistem pendidikan yang berbeza juga punca masalah perpaduan kerana lahir idea berbeza di kalangan masyarakat dan sebahagian etnik membawa idealogi masing-masing dalammembina pembangunan negara.
4) Fahaman politik merupakan faktor penting yang mempengaruhi masalah perpaduan kerana berbeza aliran,fahaman dan sering berpecah kerana perasaan tidak puas hati.
5) Masalah ekonomi akan menimbulkan masalah persefahaman antara kaum kerana kesempitan hidup,ketidakseimbangan pendapatan serta sering berpecah- belah.
6) Perbezaan kepercayaan atau agama,keturunan ,bahasa dan adat resam yang berbeza menimbulkan tiada tolenrasi dalam masyarakat.
7) Sistem pemerintahan penjajah juga merupakan punca kepada masalah perpaduan kerana penjajah mengamalkan dasar pecah dan perintah serta rakyat di malaysia tidak memahami budaya,agama dan bahasa etnik lain.


Faktor yang mempengaruhi perpaduan dan integrasi nasional
  • Perkongsian kuasa politik di Malaysia
    Penyatuan parti berbilang kaum dalam satu pertubuhan yang lebih besar dinamakan sebagai Parti    Perikatan ( era tahun 1950 an ). Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Majlis  Persekutuan  pada tahun 1955 telah membuktikan bahawa penggabungan etnik dalam satu badan  politik adalah  salah satu cara untuk mendapatkan sokongan.
  • Kerajaan demokrasi
    Pengalaman demokrasi berparlimen 1975 memudahkan rakyat menyatakan bantahan dan  meluahkan  rasa ketidakpuasan etnik melalui wakil daripda etnik-etnik yang berbeza. Seseorang itu  boleh  bersuara dan membuat kritikan berdasarkan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.
  • Pertumbuhan ekonomi yang baik
    Dapat mengurangkan jurang perbezaan dan tuntutan ekonomi antara semua kaum. Kerajaan mampu  mengendalikan program-program yang berkesan termasuk dalam bidang pertanian, perdagangan dan sebagainya.
  • Tolak ansur budaya
    Budaya Melayu yang diamalkan menjadi teras dalam kebudayaan kebangsaan manakala budaya  lain  boleh  diamalkan boleh oleh etnik tersebut. Tindakan menyertai majlis perayaan dapat  merapatkan  hubungan dan  persefahaman dalam masyarakat berbilang kaum. Dalam islam, sifat- sifat kemanusiaan, keadilan dan kesederhanaan amat diutamakan.
Intergrasi

(1) Segregasi Satu proses sosial yang menyebabkan individu atau kumpulan sosial tertenti dipisahkan atau diasingkan dengan inidividu atau kumpulan sosial iaitu aspek budaya, agama, kelas sosial, dasar, adat resam, kawasan tempat tinggal dan kemudahan awam.
Segregagi terbahagi kepada dua, iaitu rela dan tanpa rela. Segregasi secara rela merujuk dalam golongan manusia yang memencilkan diri dengan tujuan berada dalam kumpulan.
(2) Akomodasi Proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik sedar serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik yang wujud dalam sesebuah masyarakat. Kumpulan etnik dapat menyesuaikan diri dalam keadaan yang pelbagai budaya supaya dapat hidup secara harmoni dan saling menghormati.
(3) Akulturasi Suatu process penerimaan unsur kebudayaan dalamkalangan individu atau kelompok dari budaya yang lain. Walaupun sesuatu kelompok budaya itu menerima unsur-unsur budaya etnik lain , ia tidak menyebabkan kehilangan identiti  asal kaum atau etnik yang menerimanya. Contohnya yang berlaku di Malaysia  ialah pemberian duit raya oleh orang melayu semasa hari raya (budaya pemberian ang pau ialah budaya masyarakat Cina). Begitu juga budaya pemakaian tali leher dalam kalangan semua bangsa di Malaysia sedangkan pemakaian tali lehar ialah budaya orang barat.
(4) Asimilasi Proses percantuman dan penyatuan etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok budaya dan identi yang sama. Proses ini bermakna kumpulan budaya sesuatu kaum atau etnik minoriti menerima budaya kumpulan etnik yang dominan.

Dengan kata lain proses asimilasi akan berlaku apabila adanya ;

A) etnik yang mempunyai budaya yang berbeza
B) etnik-etnik tersebut sentiasa berinteraksi
C)Interaksi etnik berlaku dalam tempoh yang agak lama.
(5) Amalgamasi Satu proses yang terjadi apabila budaya atau kaum bercampur dan mewujudkan budaya dan ras  yang baharu. Ia biasanya berlaku melalui perkahwinan campur antara etnik atau kaum. Contoh yang dapat dilihat di Malaysia ialah perkahwinan campur antara orang cina dan india, melayu dan cina, india dan melayu.


Disediakan Oleh : Nurul Hidayah Binti Abd Razak

No comments:

Post a Comment

Tugasan Video Pengajian Malaysia

Tajuk : Pendapat kita belajar kelas Pengajian Malaysia Belejar di dalam kelas Miss hana memang best.. Saya sangat suka.. Kalau du...