Friday, April 12, 2019

Tugasan Video Pengajian Malaysia

Tajuk : Pendapat kita belajar kelas Pengajian Malaysia



Belejar di dalam kelas Miss hana memang best.. Saya sangat suka.. Kalau dulu kat sekolah saya tak minat nak tahu tentang ni semua, tapi sekarang saya dah minat.. Sehingga saya masih ingat jalan cerita filem tanda putera.. Terima kasih Miss Hana..

Disediakan oleh: Nurul Hidayah Binti Abd Razak




(kalua letak video tak jalan, so saya bagi link dekat youtube je)

Disediakan oleh: Ahmad Syukri Bin Amri






Terima kasih puan hana kerana mengajar saya lebih dalam tentang sejarah dan perkembangan malaysia ❤️
Disedikan oleh : Nurul Nabilah Binti Mohd Asri
Hehehe ada sikit-sikit bunyi ayam tu tak boleh dah nak cover yang penting saya berusaha untuk bercakap walaupun otak blur blur ayam. Dengan vdeo tiba-tiba jadi putih😢. Tapi tak apa untuk Miss Hana saya okay okay je hahaha.  Terima kasih Miss sebab mengajar saya dalam pengajian malaysia💕. 
Disediakan oleh, seri Anynazira binti Jumain

Tuesday, April 2, 2019

Aktiviti Pembelajaran (Pembentangan Kedua)



Pelan Integriti Nasional






   

Terdapat 8 strategi pelaksanaan pelan tindakan integriti yang dilakukan oleh kerajaan di Malaysia.



    











Disediakan Oleh: Seri Anynazira, Nurul Hidayah, Nurul Nabilah dan Ahmad Syukri


Nama Kumpulan Kami

THE 4 SILENT PARTNERS

       "The 4 Silent Partners", inilah nama kumpulan kami. Nama ini telah dipilih kerana kumpulan kami terdiri daripada empat orang yang sangat pendiam di dalam kelas. Semasa pertama kali kami berempat dipilih menjadi satu kumpulan, kami tidak bertegur sapa kerana masing-masing pendiam.

Jadi apabila kami ditugaskan untuk memilih nama kumpulan,masing-masing memberikan cadangan tetapi tidak ada yang berkenan. Setelah tiga hari memikirkan nama kumpulan, akhirnya kumpulan kami memutuskan untuk memilih nama "The 4 Silent Partners" kerana sifat pendiam setiap ahli kumpulan.

Namun begitu, setelah kami bekerjasama memikirkan nama kumpulan, kami menjadi semakin rapat dan tidak malu seperti pertama kali kami semua berjumpa.




Disediakan oleh : Ahmad Syukri Bin Amran

Aktiviti Pembelajaran (Pembentangan Pertama)

 Tahap Integrasi


Definisi Integrasi


Terdapat 5 Perkembangan Tahap Integrasi 


Tahap integrasi yang pertama ialah Segregasi


Tahap integrasi yang kedua ialah Akomodasi


Tahap integrasi yang ketiga dan keempat ialah Akulturasi dan Asimilasi


Tahap integrasi yang kelima ialah Amalgamasi


Terdapat Video yang anda boleh saksikan




Unsur integrasi
  1. Wilayah - mengurangkan jurang ekonomi dan sosial antara wilayah maju dan mundur.
  2. Ekonomi - usaha mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik.
  3. Kebudayaan - usaha membentuk satu kebudayaan kebangsaan.
  4. Sosial - usaha menyatupadukan rakyat melalui program sosial sukan dan perumahan.
  5. Pendidikan - mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan.
  6. Politik - usaha menyatukan rakyat melalui kerjasama dan pembahagian kuasa politik.


Disediakan oleh : Seri Anynazira dan Nurul Hidayah

Aktiviti Pembelajaran (Kewarganegaraan)

Kewarganegaraan

         Prinsip konsep kewarganegaraan jus soli yang kita sedari bahawa kaum Cina dan India adalah orang dagang atau imigran. Kemasukan mereka ke Tanah Melayu dibawa oleh pihak Inggeris untuk menjadi buruh. Setelah menyedari peluang pekerjaan yang banyak di Tanah Melayu, kemasukan secara besar-besaran telah berlaku, Tanah Melayu menjadi lubuk emas bagi imigran Cina dan India. 

       Kemasukan yang tidak terkawal ini menyebabkan jumlah pendatang meningkat secara mendadak dan melebihi bilangan penduduk Melayu. Perkara ini menimbulkan keresahan penduduk Melayu apabila Inggeris memberi kerakyatan secara mudah kepada mana-mana kaum Cina dan India yang dilahirkan di Tanah Melayu.

 a) Melalui pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengetatkan syarat kerakyatan Jus Soli. Antara syarat itu adalah;

-Penduduk bukan Melayu mesti tinggal di Persekutuan Tanah Melayu tidak kurang daripada 10 tahun.

-Kedua-dua ibubapa mereka mestilah warganegara Persekutuan Tanah Melayu.

-Mereka hendaklah mengaku taat setia terhadap Tanah Melayu dan menganggap negara ini sebagai tempat tumpah darahnya; dan

-Bermula tahun 1958, mereka juga perlu fasih bertutur dalam bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.


                                                                                           Disediakan Oleh: Seri Anynazira binti Jumain

Aktiviti Pembelajaran (Jus Soli)

Jus Soli
    

1. MAKSUD JUS SOLI
      
      Jus soli bermaksud (hak untuk kawasan) atau kewarganegaraan hak lahir iaitu hak kerakyatan sama rata yang diberi berdasarkan tempat kelahiran tanpa mengira bangsa dan keturunan. 

      Menjelangnya abad ke-19, negara telah mula terbahagi kepada mereka yang mempunyai kerakyatan terhadap tanahnya mengikut jus soli, contohnya Perancis yang memiliki tanahnya mengikut jus sanguinis iaitu (hak darah) contohnya Jerman. Walau bagaimanapun, kebanyakan negara Eropah menerima konsep Jerman sebagai "kenegaraan objektif", berdasarkan darahbangsa atau bahasa seperti takrifan klasik Fichte bagi sebuah negara membuatkan mereka bertentangan dengan ahli republik Ernest Renan yang mencadangkan "kenegaraan subjektif", berdasarkan pungutan suara harian bagi perlengkapan tanah airnya. 

      Konsep bagi kenegaraan yang tidak penting ini membolehkan pelaksanaan jus soli, menentang kepada jus sanguinis. Justeru, dengan penambahan pelarian masa kini telah mengkaburkan beza antara keduanya.


   2. PERUNDANGAN NEGARA YANG MENGGUNA JUS SOLI

   Jus soli adalah biasa digunakan di negara maju yang berhasrat untuk meningkatkan warganegara mereka, begitu juga negara di Barat yang menginginkan pertambahan penduduk melalui penempatan. Ia juga dipraktikkan di sesetengah negara membangun, terutamanya di Pakistan

Sesetengah negara yang menggunakan jus soli termasuklah:

  • Amerika Syarikat
  • Argentina
  • Barbados
  • Brazil
  • Colombia
  • Jamaica
  • Kanada
  • Mexico
  • Pakistan
  • Peru
  • Republik Dominica
  • Uruguay
                                  

                                                                                  DISEDIAKAN OLEH:SERI ANYNAZIRA BINTI JUMAIN

Tuesday, March 5, 2019

MASALAH PERPADUAN DAN INTEGRASI, CARA MENGATASI DAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

PENGENALAN 
  • Selepas kemerdekaan, negara menghadapi pelbagai masalah dalaman terutama masalah perpaduan negara dan integrasi antara kaum.


Masalah perpaduan wujud implikasi daripada pemisahan tempat tinggal, perbezaan pekerjaan, sistem pendidikan berbeza, fahaman politik, masalah ekonomi, perbezaan kepercayaan atau agama dan sistem pemerintahan.

1) Pemisahan tempat tinggal yang menyebabkan etnik tidak saling memahami antara satu sama lain dan tidak wujud perpaduan dalam kalangan masyarakat.
2) Perbezaan pekerjaan mewujudkan pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan masalah perkauman.
3) Sistem pendidikan yang berbeza juga punca masalah perpaduan kerana lahir idea berbeza di kalangan masyarakat dan sebahagian etnik membawa idealogi masing-masing dalammembina pembangunan negara.
4) Fahaman politik merupakan faktor penting yang mempengaruhi masalah perpaduan kerana berbeza aliran,fahaman dan sering berpecah kerana perasaan tidak puas hati.
5) Masalah ekonomi akan menimbulkan masalah persefahaman antara kaum kerana kesempitan hidup,ketidakseimbangan pendapatan serta sering berpecah- belah.
6) Perbezaan kepercayaan atau agama,keturunan ,bahasa dan adat resam yang berbeza menimbulkan tiada tolenrasi dalam masyarakat.
7) Sistem pemerintahan penjajah juga merupakan punca kepada masalah perpaduan kerana penjajah mengamalkan dasar pecah dan perintah serta rakyat di malaysia tidak memahami budaya,agama dan bahasa etnik lain.


Faktor yang mempengaruhi perpaduan dan integrasi nasional
  • Perkongsian kuasa politik di Malaysia
    Penyatuan parti berbilang kaum dalam satu pertubuhan yang lebih besar dinamakan sebagai Parti    Perikatan ( era tahun 1950 an ). Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Majlis  Persekutuan  pada tahun 1955 telah membuktikan bahawa penggabungan etnik dalam satu badan  politik adalah  salah satu cara untuk mendapatkan sokongan.
  • Kerajaan demokrasi
    Pengalaman demokrasi berparlimen 1975 memudahkan rakyat menyatakan bantahan dan  meluahkan  rasa ketidakpuasan etnik melalui wakil daripda etnik-etnik yang berbeza. Seseorang itu  boleh  bersuara dan membuat kritikan berdasarkan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.
  • Pertumbuhan ekonomi yang baik
    Dapat mengurangkan jurang perbezaan dan tuntutan ekonomi antara semua kaum. Kerajaan mampu  mengendalikan program-program yang berkesan termasuk dalam bidang pertanian, perdagangan dan sebagainya.
  • Tolak ansur budaya
    Budaya Melayu yang diamalkan menjadi teras dalam kebudayaan kebangsaan manakala budaya  lain  boleh  diamalkan boleh oleh etnik tersebut. Tindakan menyertai majlis perayaan dapat  merapatkan  hubungan dan  persefahaman dalam masyarakat berbilang kaum. Dalam islam, sifat- sifat kemanusiaan, keadilan dan kesederhanaan amat diutamakan.
Intergrasi

(1) Segregasi Satu proses sosial yang menyebabkan individu atau kumpulan sosial tertenti dipisahkan atau diasingkan dengan inidividu atau kumpulan sosial iaitu aspek budaya, agama, kelas sosial, dasar, adat resam, kawasan tempat tinggal dan kemudahan awam.
Segregagi terbahagi kepada dua, iaitu rela dan tanpa rela. Segregasi secara rela merujuk dalam golongan manusia yang memencilkan diri dengan tujuan berada dalam kumpulan.
(2) Akomodasi Proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik sedar serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik yang wujud dalam sesebuah masyarakat. Kumpulan etnik dapat menyesuaikan diri dalam keadaan yang pelbagai budaya supaya dapat hidup secara harmoni dan saling menghormati.
(3) Akulturasi Suatu process penerimaan unsur kebudayaan dalamkalangan individu atau kelompok dari budaya yang lain. Walaupun sesuatu kelompok budaya itu menerima unsur-unsur budaya etnik lain , ia tidak menyebabkan kehilangan identiti  asal kaum atau etnik yang menerimanya. Contohnya yang berlaku di Malaysia  ialah pemberian duit raya oleh orang melayu semasa hari raya (budaya pemberian ang pau ialah budaya masyarakat Cina). Begitu juga budaya pemakaian tali leher dalam kalangan semua bangsa di Malaysia sedangkan pemakaian tali lehar ialah budaya orang barat.
(4) Asimilasi Proses percantuman dan penyatuan etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok budaya dan identi yang sama. Proses ini bermakna kumpulan budaya sesuatu kaum atau etnik minoriti menerima budaya kumpulan etnik yang dominan.

Dengan kata lain proses asimilasi akan berlaku apabila adanya ;

A) etnik yang mempunyai budaya yang berbeza
B) etnik-etnik tersebut sentiasa berinteraksi
C)Interaksi etnik berlaku dalam tempoh yang agak lama.
(5) Amalgamasi Satu proses yang terjadi apabila budaya atau kaum bercampur dan mewujudkan budaya dan ras  yang baharu. Ia biasanya berlaku melalui perkahwinan campur antara etnik atau kaum. Contoh yang dapat dilihat di Malaysia ialah perkahwinan campur antara orang cina dan india, melayu dan cina, india dan melayu.


Disediakan Oleh : Nurul Hidayah Binti Abd Razak

Monday, February 18, 2019

Tanda Putera

Pada 13 februari 2019, setelah kelas kami selesai menjawab kuiz. Puan Hana telah memaparkan sebuah filem bertajuk Tanda Putera.


Walaupun Filem ini telah lama berlalu di pawagam, tetapi kami amat teruja dapat menyaksikan filem ini.


Anda boleh menyaksikan filem ini di youtube. Semoga terhibur dan juga mendapat pengajaran di sebalik kisah ini.

Tanda Putera merupakan sebuah filem yang menceritakan kisah menurut pendapat pengarah Suhaimi Baba mengenai persahabatan di antara Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail sejak tercetusnya peristiwa 13 Mei. Datin Paduka Shuhaimi Baba juga telah bertindak sebagai penerbit, pengarah dan penulis bagi filem ini. Filem ini juga membariskan pelakon seperti Rusdi RamliZizan NinFaezah Elai dan Linda Hashim.



Filem ini mengisahkan tentang persahabatan yang akrab di antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak (lakonan Rusdi Ramli) dan Timbalannya, Tun Dr. Ismail (lakonan Zizan Nin) yang terpaksa berahsia serta mengetepikan masalah kesihatan yang dihadapi masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran daripada tercetusnya peristiwa hitam pada 13 Mei 1969.



Tun Abdul Razak terpaksa menyimpan rahsia tentang penyakit leukemia yang dihidapinya kerana tidak mahu keluarganya tertekan. Beliau juga bimbangkan keselamatan negara pada ketika itu. Mereka berdua juga telah berkongsi doktor melalui Dr. Macpherson (lakonan Ali Steven Shorthose). Bilik bacaan di rumah Tun Dr. Ismail telah dijadikan klinik rahsia untuk rawatan mereka tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr. Ismail sendiri.




Mereka memiliki aura yang kuat serta kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah (lakonan Ika Nabila), tenaga pengajar Kara (lakonan Kavita Sidhu), dan seorang anak muda Zaman (lakonan Ahya U). Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail telah mencorakkan warna hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka yang bertugas di pejabat.




Apabila mengetahui penyakitnya akan membawa maut dalam masa dua tahun, Tun Abdul Razak bersyukur kerana rakan baiknya iaitu Tun Dr. Ismail yang juga dianggap sebagai orang kepercayaannya, bersifat jujur dan berintegriti akan dapat meneruskan rancangan mereka bagi pembangunan negara. 
Tun Abdul Razak juga yakin Tun Dr. Ismail akan dapat menunaikan janji untuk menjaga keluarganya nanti. Tetapi, apabila terjadinya perkara yang tidak disangka-sangka olehnya, Tun Abdul Razak mendapat kejutan besar yang hampir memudaratkan lagi kesihatannya.
Beliau telah mula mengejar masa untuk melaksanakan pelbagai perancangan bagi menjamin kestabilan serta masa depan negara. Beliau terpaksa menghadapi pelbagai ancaman daripada pihak komunis yang menyasarkan pembunuhan pemimpin tertinggi daripada jabatan polis. Krisis ini telah menjadi teruk apabila berlakunya pembunuhan Ketua Polis Negara (lakonan Norman Hakim) diikuti pembunuhan Ketua Polis Perak, keadaan menjadi semakin meruncing.




Tun Abdul Razak telah mengambil langkah yang lebih berani dengan membina hubungan diplomatik dengan Republik China bagi melemahkan pengaruh komunis tempatan walaupun dia dikecam oleh kuasa barat dan negara sekutu. Dalam masa yang singkat, Tun Abdul Razak telah membawa rakyat yang miskin seperti keluarga Zarah dan Zaman untuk keluar dari tahap kemiskinan tegar. Tun Abdul Razak juga telah menanam semangat baru di dalam diri Zaman, Zarah serta rakan-rakan mereka.



Namun, perjuangan Tun Abdul Razak berakhir di sebuah klinik di London ketika rakan-rakannya di Malaysia sedang berusaha memenuhi permintaannya untuk berjumpa anak bongsunya, Nazir buat kali terakhir. Selepas itu, semua rakyat di Malaysia telah mengejar masa untuk menyediakan klinik udara bagi membawanya pulang ke tanah air.


Disediakan Oleh: Nurul Hidayah Binti Abd Razak

PILIHAN RAYA


Pilihan raya adalah satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di parlimen. Ia merupakan suatu mekanisme demokrasi untuk memilih calon yang sesuai untuk memenuhi jawatan-jawatan penggubal undang-undang, eksekutif, perundangan, dan kerajaan tempatan.




Terdapat dua jenis pilihan raya iaitu pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Kaedah atau sistem pilihan raya boleh dikategorikan kepada dua iaitu samada perwakilan berkadar atau sistem majoriti. Sistem pilihan raya mementingkan pemenang, atau beberapa pemenang menurut pengiraan undi yang diperolehi setiap calon yang bertanding. Pemenang menjadi tumpuan sebab dia akan mewakili rakyat di Parlimen dan terlibat dalam proses penggubalan undang-undang. Oleh itu cara pemilihannya amat penting dan sepatutnya selari dengan kehendak demokrasi. Selain itu pilihan raya biasanya dipantau oleh sebuah badan bebas, misalnya di Malaysia ia dipantau oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.


VIDEO TENTANG PERJALANAN PILIHAN RAYA (UMUM)




VIDEO FAKTA - FAKTA UMUM UNTUK MAKLUMAT PEMILIH




VIDEO TENTANG FAKTA-FAKTA UMUM UNTUK CALON

KILK ➤➤ https://www.youtube.com/watch?v=JvGm3W943u8&rel=0

VIDEO BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA DI MALAYSIA




Disediakan Oleh: Nurul Hidayah, Ahmad Syukri, Nurul Nabilah, dan Seri Anynazira.

Tuesday, January 29, 2019

Sistem Dan Corak Kehakiman Di Malaysia

Sistem Dan Corak Kehakiman Di Malaysia

Makhmah di Malaysia pada hari ini adalah berdasarkan sistem persekutuan memandangkan pembentukan mahkamah-mahkamah seperti mahkamah agung, mahkamah tinggi, mahkamah sesyen dan makhamah rayuan di bawah tanggungjawab kerajaan persekutuan dan bukannya kerajaan negeri.

1. Mahkamah Agung
  • Merupakan mahkamah yang tertinggi di Malaysia
  • Dikenali juga sebagai Mahkamah Persekutuan
  • Mempunyai kuasa untuk menyelesaikan pertikaian antara kerajaan Negeri dengan kerajaan Persekutuan.
  • Berkuasa menentukan pengesahan bagi undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
  • Merupakan mahkamah tertinggi mendengar kes-kes rayuan dari Mahkamah rayuan dan Mahkamah Tertinggi
  • Kes-kes rayiuan meliputi kes sivil dan kes jenayah
  • Kes sivil yang nilai tuntutannya kurang daripada RM 250000 tidak boleh membuat rayuan di mahkamah ini.
2. Mahkamah Tinggi 
  • Mempunyai kuasa membicaraakan apa sahaja kesalahan yang dilakukan oleh warganegara Malaysia dan warganegara asing yang berada di Malaysia
  • Membicarakan kes-kes sivil dam jenayah
  • Kes sivil melibatkan hal-hal penjagaan kanak-kanak dan orang tidak siuman, wasiat, perkahwinan serta perceraian bagi bukan Muslim dan kemuflisan
  • Mempunyai kuasa mendengar kes rayuan sivil dari Mahkamah Rendah yang nilainya melebihi RM 25000.
  • Bagi kes jenayah, berkuasa mendengar kes rayuan jenayah dari Mahkamah Rendah ya ng nilai dendanya melebihi RM25.
  • Memberikan nasihat kepada Mahkamah Rendah mengenai tatacara dan prosiding di mahkamah serta soal-soal mengenai perlembagaan.
3. Mahkamah Sesyen
  • Merupakan mahkamah tertinggi dalam komponen Mahkamah Rendah.
  • Membicarakan kes jenayah dan sivil. Kes sivil melibatlkan nilai yang tidak melebihi RM250000.
  • Kes jenayah- membicarakan apa juga jenis kesalahan jenayah, kecuali menjatuhkan hukuman mati.
  • menjalankan siasatan awal sebelum seseorang itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Jika ia telah mempunyai bukti yang cukup terhadap tertuduh, ia akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
4. Mahkamah Rayuan
  • Membincangkan kes rayuan bagi kes jenayah sahaja.
  • Jika dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan, kes sivil boleh dibicarakan jika nilainya tidak kurang daripada RM 250000.
  • Kes-kes jenayah yang dirujuk disini juga meliputi kes yang telah dikenaklan oleh Mahkamah Tinggi.
5.  Mahkamah Majestret Kelas I
  • Membincangkan kes-kes jenayah dan sivil
  • Kes jenayah melibatkan hukuman penjara dan hukuman denda
  • Hukuman Maksimum yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah ini ialah 5 tahun penjara dan denda RM 10000, sebatan 12 kali atau ketiga-tiganya sekali. Walau bagaimanapun hukuman yang lebih tinggi akan dikenakan sekiranya membicarakan kes-kes dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Kastam 1957 dan Akta Keseksaan 1953.
    Mahkamah Majestret Kelas Ke II
  • Kes jenayah, iaitu hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah ini ialah tidak melebihi 12 bulan penjara dan denda RM 1000 atau kedua duanya sekali
  • Kes sivil iaitu nilai kes tuntutan tidak melebihi RM 3000
6. Mahkamah Tentera
  • Mengendalikan kes yang berkaitan dengan tingkah laku anggota tentera
  • Tidak membicarakan kes sivil dan jenayah
  • Antara kesalahan yang dibicarakan di mahkamah ini ialah tidak patuh pada arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa, tidak menjalankan tugas, mengabaikan tugas tanpa mendapatkan kebenaran dan sebagainya.
  • Boleh menjatuhkan sebarang hukuman, kecuali hukuman mati yang memerlukan pengesahan Yang di-Pertuan Agong
  • Pesalah dari mahakamah tentera boleh membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi Besar
7. Mahkamah Syariah
  • Untuk mengadili umat islam
  • Membicarakan kes-kes sivil dan jenayah
  • Kes sivil, iaitu nafkah dan tanggungan perkahwinan, perceraian, wasiat, wakaf, pembahagian harta dan sebagainya
  • Kes jenayah, iaitu berjudi, berzina, tidak berpuasa, ajaran sesat, berkhalawat, penderaan terhadap isteri dan anak, minum minuman keras dan tidak menunaikan zakat serta fitrah
  • Kesalahan yang besar akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah
  • Mahkamah Syariah Rayuan berperanan mendengar rayuan dari Mahkamah Tinggi Syariah.
8. Mahkamah Juvana
  • Membincangkan kes-kes jenayah bagi mereka yang berumur antara 10 hingga 18 tahun
  • Seseorang kanak-kanak yang didapati bersalah akan dihantar ke sekolah pemulihan akhlak sehingga mencapai umur 21 tahun.
  • Perbicaraan dijalankan secara tertutup.
9. Mahkamah Khas Raja-raja
  • Membicarakan kesalahan Yang di-Pertuan Agong dan sultan dalam kes sivil dan kes jenayah yang dilakukan Persekutuan
  • Tindakan akan kenakan terhadap YDPA atau sultan setelah mendapat keizinan Peguam Negara.
10. Mahkamah Tuntutan Kecil
  • Membicarakan kes tuntutan sivil yang tidak melebihi RM 3000
11. Mahkamah Penghulu
  • Merupakan mahkamah yang paling randah dalam komponen Mahkamah Rendah
  • Membicarakan kes-kes sivil dan jenayah
  • Dikendalikan oleh penghulu sesuatu mukim
  • Kes sivil, iaitu melibatkan tuntutan nilai tidak lebih daripada RM 50
  • Kes jenayah, iaitu melibatkan denda sebanyak RM 25 sahaja
  • Rayuan terhadap Mahkamah Penghulu boleh dibuat di Mahkamah Majistret.
12. Mahkamah Adat
  • Membicarakan kes-kes pelanggaran adat oleh suku-suku kaum di Sabah dan Sarawak
  • Contoh kes seperti pelanggaran adat suku kaum, adat perkahwinan, undang-undang adat, adat-adat keagamaan dan sebagainya.
13. Mahkamah Buruh.
  • Mahkamah buruh menyediakan sistem pengadilan pemburuhan yang adil, mudah, cepat bagi menyelesaikan tuntutan pekerja mengenai gaji dan lain-lain faedah kewangan yang layak dituntut terhadap mereka.

Disediakan Oleh : Nurul Hidayah Binti Abd Razak 

Tugasan Video Pengajian Malaysia

Tajuk : Pendapat kita belajar kelas Pengajian Malaysia Belejar di dalam kelas Miss hana memang best.. Saya sangat suka.. Kalau du...