Monday, February 18, 2019

Tanda Putera

Pada 13 februari 2019, setelah kelas kami selesai menjawab kuiz. Puan Hana telah memaparkan sebuah filem bertajuk Tanda Putera.


Walaupun Filem ini telah lama berlalu di pawagam, tetapi kami amat teruja dapat menyaksikan filem ini.


Anda boleh menyaksikan filem ini di youtube. Semoga terhibur dan juga mendapat pengajaran di sebalik kisah ini.

Tanda Putera merupakan sebuah filem yang menceritakan kisah menurut pendapat pengarah Suhaimi Baba mengenai persahabatan di antara Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail sejak tercetusnya peristiwa 13 Mei. Datin Paduka Shuhaimi Baba juga telah bertindak sebagai penerbit, pengarah dan penulis bagi filem ini. Filem ini juga membariskan pelakon seperti Rusdi RamliZizan NinFaezah Elai dan Linda Hashim.



Filem ini mengisahkan tentang persahabatan yang akrab di antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak (lakonan Rusdi Ramli) dan Timbalannya, Tun Dr. Ismail (lakonan Zizan Nin) yang terpaksa berahsia serta mengetepikan masalah kesihatan yang dihadapi masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran daripada tercetusnya peristiwa hitam pada 13 Mei 1969.



Tun Abdul Razak terpaksa menyimpan rahsia tentang penyakit leukemia yang dihidapinya kerana tidak mahu keluarganya tertekan. Beliau juga bimbangkan keselamatan negara pada ketika itu. Mereka berdua juga telah berkongsi doktor melalui Dr. Macpherson (lakonan Ali Steven Shorthose). Bilik bacaan di rumah Tun Dr. Ismail telah dijadikan klinik rahsia untuk rawatan mereka tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr. Ismail sendiri.




Mereka memiliki aura yang kuat serta kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah (lakonan Ika Nabila), tenaga pengajar Kara (lakonan Kavita Sidhu), dan seorang anak muda Zaman (lakonan Ahya U). Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail telah mencorakkan warna hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka yang bertugas di pejabat.




Apabila mengetahui penyakitnya akan membawa maut dalam masa dua tahun, Tun Abdul Razak bersyukur kerana rakan baiknya iaitu Tun Dr. Ismail yang juga dianggap sebagai orang kepercayaannya, bersifat jujur dan berintegriti akan dapat meneruskan rancangan mereka bagi pembangunan negara. 
Tun Abdul Razak juga yakin Tun Dr. Ismail akan dapat menunaikan janji untuk menjaga keluarganya nanti. Tetapi, apabila terjadinya perkara yang tidak disangka-sangka olehnya, Tun Abdul Razak mendapat kejutan besar yang hampir memudaratkan lagi kesihatannya.
Beliau telah mula mengejar masa untuk melaksanakan pelbagai perancangan bagi menjamin kestabilan serta masa depan negara. Beliau terpaksa menghadapi pelbagai ancaman daripada pihak komunis yang menyasarkan pembunuhan pemimpin tertinggi daripada jabatan polis. Krisis ini telah menjadi teruk apabila berlakunya pembunuhan Ketua Polis Negara (lakonan Norman Hakim) diikuti pembunuhan Ketua Polis Perak, keadaan menjadi semakin meruncing.




Tun Abdul Razak telah mengambil langkah yang lebih berani dengan membina hubungan diplomatik dengan Republik China bagi melemahkan pengaruh komunis tempatan walaupun dia dikecam oleh kuasa barat dan negara sekutu. Dalam masa yang singkat, Tun Abdul Razak telah membawa rakyat yang miskin seperti keluarga Zarah dan Zaman untuk keluar dari tahap kemiskinan tegar. Tun Abdul Razak juga telah menanam semangat baru di dalam diri Zaman, Zarah serta rakan-rakan mereka.



Namun, perjuangan Tun Abdul Razak berakhir di sebuah klinik di London ketika rakan-rakannya di Malaysia sedang berusaha memenuhi permintaannya untuk berjumpa anak bongsunya, Nazir buat kali terakhir. Selepas itu, semua rakyat di Malaysia telah mengejar masa untuk menyediakan klinik udara bagi membawanya pulang ke tanah air.


Disediakan Oleh: Nurul Hidayah Binti Abd Razak

PILIHAN RAYA


Pilihan raya adalah satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di parlimen. Ia merupakan suatu mekanisme demokrasi untuk memilih calon yang sesuai untuk memenuhi jawatan-jawatan penggubal undang-undang, eksekutif, perundangan, dan kerajaan tempatan.




Terdapat dua jenis pilihan raya iaitu pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Kaedah atau sistem pilihan raya boleh dikategorikan kepada dua iaitu samada perwakilan berkadar atau sistem majoriti. Sistem pilihan raya mementingkan pemenang, atau beberapa pemenang menurut pengiraan undi yang diperolehi setiap calon yang bertanding. Pemenang menjadi tumpuan sebab dia akan mewakili rakyat di Parlimen dan terlibat dalam proses penggubalan undang-undang. Oleh itu cara pemilihannya amat penting dan sepatutnya selari dengan kehendak demokrasi. Selain itu pilihan raya biasanya dipantau oleh sebuah badan bebas, misalnya di Malaysia ia dipantau oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.


VIDEO TENTANG PERJALANAN PILIHAN RAYA (UMUM)




VIDEO FAKTA - FAKTA UMUM UNTUK MAKLUMAT PEMILIH




VIDEO TENTANG FAKTA-FAKTA UMUM UNTUK CALON

KILK ➤➤ https://www.youtube.com/watch?v=JvGm3W943u8&rel=0

VIDEO BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA DI MALAYSIA




Disediakan Oleh: Nurul Hidayah, Ahmad Syukri, Nurul Nabilah, dan Seri Anynazira.

Tugasan Video Pengajian Malaysia

Tajuk : Pendapat kita belajar kelas Pengajian Malaysia Belejar di dalam kelas Miss hana memang best.. Saya sangat suka.. Kalau du...